Students

STUDENTS,
Do not practice plagiarism! Do not ask someone else to do it for you. DO IT ON YOUR OWN! THEN ONLY YOU GET THE KNOWLEDGE! BE KNOWLEDGEABLE.

Tuesday, January 26, 2016

Welcome! Selamat Datang!



Prakata

Blog ini diwujudkan dengan tujuan berkongsi sedikit panduan dalam beberapa aplikasi terpilih, serta dalam topik-topik yang terpilih.


Kenapa blog ini diwujudkan?

Semalam, ada satu cerita Tamil yang bertajuk "Thamizhukku En Ondrai Azhuthavum" yang disiarkan di saluran Astro 202.

Dalam satu scene ni, ada 2 orang wakil syarikat gergasi telekomunikasi yang sangat berminat dengan idea dan prototype salah satu projek pelajar di universiti ni. Jadi pengetua pun panggil la kumpulan pelajar ni yang buat projek tu. Mereka jumpa sekali la dengan wakil syarikat dalam pejabat pengetua.

Wakil syarikat bagitau yang mereka sangat berminat dengan idea kumpulan ni dan tawarkan tempat latihan industri kepada semua ahli kumpulan untuk bangunkan produk yang dicadangkan kumpulan tersebut. Yang menariknya, lepas habis latihan industri, semua ahli kumpulan akan ditawarkan pekerjaan di syarikat tu. Bagus kan.

Tetapi, bermacam-macam alasan diberi oleh ahli kumpulan untuk menolak tawaran wakil syarikat tu. Mereka kata nak buat kat universiti lah... tak nak buat kat tempat syarikat... alasan jauh... macam-macam lagi alasan...

RUPA-RUPANYA...

Bukan kumpulan tu yang buat cadangan tu.. bukan idea mereka... mereka tak faham pun apa yang ditulis dalam kertas cadangan tu.

Kenapa?

Sebab mereka serahkan tugasan ni kepada orang lain dan bayar orang tu untuk siapkan tugasan.

Jadi, sebab tu lah semua ahli kumpulan ni tak faham apa yang berlaku.

Sedangkan peluang dah ada depan mata kan?


JADI, pelajar-pelajar dan graduan sekelian,

Belajarlah buat sendiri. 

Kalau tak anda tak akan faham apa yang berlaku.

Anda boleh bayar orang untuk siapkan tugasan tetapi sudahnya, ilmu tak sampai kepada anda. 

JADILAH GRADUAN YANG BERILMU.


Siapa sasaran pembaca blog ini?

  • Pelajar-pelajar yang sedang mencari panduan untuk menyiapkan tugasan-tugasan akademik yang memerlukan mereka menggunakan aplikasi tertentu.
  • Semua yang berminat meningkatkan kemahiran dalam aplikasi tertentu.


Bagaimana cara untuk mendapatkan panduan yang disediakan?

  1. Lihat senarai e-book yang disediakan.
  2. EMEL ke izangganu@gmail.com untuk maklumkan kepada saya e-book yang diperlukan  
  3. Tunggu balasan emel dari saya untuk tindakan selanjutnya.

Adakah sebarang bayaran yang dikenakan?

YA. Kerana saya memperuntukkan masa untuk menghasilkan e-book tersebut. 

Jadi saya harap anda semua terus menyokong saya dalam menghasilkan lebih banyak e-book berkenaan aplikasi yang ada di pasaran untuk membantu keperluan tugasan anda.

Sumbangan anda membeli e-book yang dihasilkan dapat saya gunakan untuk menghadiri bengkel-bengkel kemahiran dan membeli perisian-perisian di luar sana yang mencecah ribuan ringgit.

Anda membantu saya, saya membantu anda.


Berapakah harga bagi setiap e-book?

Di antara RM 10 sehingga RM 30, bergantung kepada jumlah mukasurat dan juga kerumitan (complexity) kandungannya.


Apa kelebihan e-book yang saya hasilkan?

e-book tentang aplikasi / perisian: Langkah demi langkah yang lengkap disediakan supaya anda mampu mendapat hasil seperti yang diharapkan.

e-book tentang teori atau algoritma atau subjek tertentu: Maklumat yang terperinci akan diterangkan dalam bahasa yang paling mudah supaya pembaca faham tentang sesuatu konsep yang diperkatakan. 



Anda perlukan panduan berkenaan aplikasi atau perisian tertentu?

Maklumkan kepada saya menerusi emel. Saya akan cuba hasilkan.




Akhir kata,

Jujur kepada ilmu!

Puan Norizan


No comments:

Post a Comment